Free counter and web stats

Monday, June 28, 2010

Istana Takeshi

Baru je dalam minggu lepas, kitorang dok sebok carik video 'Istana Takeshi' kat youtube.
Setelah dengan tetiba rasa macam nak menggembirakan hati dan bergelak ketawa.

Pastu tak sangka pulak masa pukul 7 lebih, masa tengah baring-baring atas kusi, masa tertekan channel TV9, tertonton akan aku rancangan Istana Takeshi itu. Wah, ada ulang balik rupanya.

Walaupon da lebih 15 tahun, aku ingat lagi muka si pengacara, si konco-konconya, baju seragam yang diorang pakai, halangan-halangan panjat tembok, pijak batu atas air, kota sesat, lompat atas kayu bergerak, semuanya aku ingat lagi.
Betapa masa zaman kanak-kanak dulu rasa seronok gila bila tengok rancangan ni. Gelak sampai guling-guling pon tak tergambar perasaan kelakar itu. *ceh sampai macam tu sekali.*

Tapi bila tengok ulangan kat TV9 ni, rasa macam tak berapa best pulok. Walaupon secara visualnya langsung tak berubah macam masa umur 10 tahun dulu. Mungkin sebab dialih suara ke bahasa Inggeris, jadi lawaknya dah tak berapa kelakar. *Dan-dan je semua nama orang jepun tu pon berubah jadi mat saleh.*

p/s: Kalo pegi Jom Heboh, jangan tak cuba game Soopa Doopa yang juga diadaptasikan dari rancangan Istana Takeshi.

2 comments:

Related Posts with Thumbnails