Shopee

Saturday, July 24, 2010

Hidup tanpa Internet?

Sungguh seronok rasanya bila dah boleh online di rumah.

Boleh lebih aktif buat blog, main game, juga facebooking. Hehe.

Sekarang rekod mencatatkan masa berada depan PC sudah lebih 8 jam. Patutlah pinggang dah mula sakit. Memang dah di agak, kalau mula layan main internet, mesti makan pon tak lalu. Masa tidur pon pasti terganggu. Mana taknya, tidur dah tentu pkol 2-3 pagi. *Perangai sama je macam dulu. Bila ntah nak berubah.*
Macamana hidup kalo takde internet? Ala boleh je kot. Ada orang yang tak pernah tau pon apa itu internet.

Tapi aku...tak bole la. Sebabnya,

• Dengan facebook, aku bole still keep in touch dengan kawan-kawan. Internet tak sama dengan handphone. Kita takkan selalu nak SMS atau telefon. Tapi kat facebook, kita bole tau keadaan dan cerita kawan-kawan melalui status dorang. Dan kat situ la kita bole tegur sapa, walau setakat ala kadar je. Dan walaupon dah tak jumpa lebih 5 tahun, kita tetap rasa dekat.


• Kalau online YM plak, kita bole conference ramai-ramai dengan kawan. Kat situ la tempat bole bergurau senda, bergosip dan bercerita. Tak payah bazir duit nak telefon ataupun nak lepak kedai kopi.


• Idea untuk aku mengarang akan keluar lebih banyak bila aku menaip, berbeza dari menulis atas kertas.


• Bila dah online, senang untuk aku carik maklumat dan sumber-sumber untuk apa saja yang aku nak. Gambar, video, seks teks semuanya ada. Tak payah la nak pegi kedai buku atau library.


• Paling awal tau bila ada gosip terbaru. Selalu dapat masa panas-panas. Ehee.


• Dan yang pasti, aku takkan rasa macam duduk bawah tempurung.

Internet sama macam gula. Kalau tak ada, rasa tawar dan hambar . Tapi kalau dah terlebih, boleh dapat kencing manis.

Pesanan: Kurangkan gula dalam makanan dan minuman. Kalau memasak tu, tak payah letak gula pon.

4 comments:

  1. setuju sangat..
    dulu2 takde tenet sanggup guna dialup.. lambat loading pun tak kisah la..

    skrg wpun streamyx tu macam hape, still page bole load dgn sempurna...

    bersyukur ada internet sebab ma ngan abah bukan lagi IT illiterate.. tiap hari bukak internet..

    ReplyDelete
  2. Bila kat umah, susah gila nak jauh ngan internet, so i akan buat jadual, i mean to do list, like, i need to read a chapter of novel, this and that, so i'll make sure i do 2 of it, and the rest i serah diri kat tenet, i tak rasa bersalah lagi kat diri sendiri, hehehe.. time fly so fast, dont waste it =), gain something everyday...

    ReplyDelete
  3. Liyana, walopon lmbt loading tu pon sggup tunggu kan? asalkan bole msuk. haha sama la. wahh best la parents tak buta IT. kalo dok jauh senang la nak chat.

    suhaida, internet ni mmg melalaikan. kdg2 da niat nak study info2 penting, tp last2 dok main game kat fb gak...hissh susah! :D

    ReplyDelete
  4. wah...me setuju sgt dgn apa yg cleoputri tulis ni :) rasa tak sempurna hidup tanpa internet pd zaman moden ni :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails